Tarif AS dan kenaikan tarif dijangka perlahankan pertumbuhan ekonomi: CIMB Investment

July 14, 2025 · Isu semasa

CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025).

Dalam nota penyelidikan, bank pelaburan itu berkata unjuran asasnya mengandaikan tarif semasa sebanyak 10 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) akan kekal sehingga akhir 2025.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan tarif AS sebanyak 25 peratus, berkuat kuasa pada 1 Ogos, bergantung kepada hasil rundingan perdagangan AS-Malaysia yang sedang berjalan.

“Sekiranya kadar 25 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan lonjakan sementara dalam aktiviti eksport memandangkan pengeksport dengan segera mahu mengatasi tarikh akhir tarif,” katanya.

Sehubungan itu, aktiviti perdagangan selepas Ogos 2025 dijangka menjadi perlahan, menyebabkan persekitaran luaran yang lebih lemah, kata CIMB Investment Bank.

Dan kesannya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mungkin susut di bawah unjuran garis dasar 4.3 peratus, dengan risiko penurunan berpunca daripada momentum eksport yang lemah dan potensi kesan limpahan ke dalam pelaburan domestik dan sentimen perniagaan.

Pada 9 Julai, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan yang berpanjangan dan prospek ekonomi yang semakin perlahan, sambil menegaskan bahawa sebarang pelarasan selanjutnya akan berpandukan kepada data-data yang diterima, katanya.

CIMB Investment Bank juga berkata dengan prestasi Mei yang lebih lemah, pertumbuhan gabungan IPP untuk April-Mei perlahan kepada 1.5 peratus tahun ke tahun, menunjukkan penyusutan berbanding pertumbuhan 2.3 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2025, yang menunjukkan kehilangan momentum dalam aktiviti perindustrian.

“Bagaimanapun, eksport pembuatan yang meningkat dijangka berterusan sehingga awal suku ketiga 2025, didorong oleh lanjutan tarikh akhir tarif AS kepada 1 Ogos daripada 9 Julai, akan membantu mengurangkan kesan penurunan output perlombongan,” katanya.

Pengumuman data indeks perdagangan pengedaran untuk Mei pada 14 Julai akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti ekonomi suku kedua 2025 menjelang anggaran awal KDNK.

Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan mengumumkan anggaran awal KDNK bagi suku kedua 2025 pada 18 Julai. – Bernama

Berita berkaitan
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Malaysia teguh pendirian sokong perdagangan terbuka: Anwar
November 19, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kekal kukuh, BMI naik unjuran kepada 5.3%
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
2 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok