Jerebu.
Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Lembah Klang, merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi hari ini.
Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi di Semenanjung dengan IPU 182, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Pasir Gudang, Johor masing-masing 171, serta Shah Alam, Selangor dengan bacaan 168.
Di Lembah Klang, keadaan kualiti udara turut menunjukkan kemerosotan dengan Putrajaya merekodkan IPU 166, Batu Muda (162), Petaling Jaya dan Klang masing-masing 160, Banting (157) serta Kuala Selangor (156).
Bacaan tertinggi negara pula direkodkan di Serian, Sarawak dengan IPU 188, menghampiri tahap sangat tidak sihat.
Kualiti udara di Negeri Sembilan dan Pahang juga berada pada tahap tidak sihat di semua kawasan, dengan Nilai merekodkan IPU 168 manakala Balok Baru, Kuantan mencatat 162.
Beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Sarawak pula merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana hingga tidak sihat.
Dalam pada itu, keadaan udara di Sabah, Kelantan dan Perlis dilaporkan lebih baik dengan semua kawasan mencatat bacaan pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memberi kesan kepada golongan berisiko, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Keadaan ini biasanya mendorong orang ramai mengurangkan aktiviti fizikal di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya kualiti udara terus merosot.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum