Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan hampir 500 anggota penguat kuasanya diarahkan untuk tidak mengambil tindakan terhadap premis tertentu, termasuk yang dikendalikan warga asing.
Dalam kenyataan malam tadi, DBKL berkata pihaknya mengambil maklum mengenai satu hantaran di media sosial yang mendakwa anggota penguat kuasa agensi itu tidak dibenarkan bertindak terhadap premis terbabit.
“Tiada arahan menghalang anggota penguat kuasa daripada mengambil tindakan terhadap kesalahan bawah bidang kuasa DBKL.
“DBKL juga akan membuat laporan polis berhubung hantaran berkenaan bagi membolehkan perkara itu disiasat pihak berkuasa,” katanya.
Menurut DBKL, pembahagian tugas dalam kalangan jabatan dan anggota penguat kuasa dibuat bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan mengikut fungsi serta peruntukan undang-undang.
DBKL menjelaskan pembahagian tugas itu bukan bermaksud anggota dihalang menjalankan penguatkuasaan, sebaliknya memastikan tindakan dibuat berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan.
“Bagi kes membabitkan bidang kuasa agensi lain, DBKL akan mengambil tindakan dalam ruang kuasanya dan menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan.
“Tindakan penguatkuasaan dibuat berdasarkan kesalahan dilakukan dan bukan berdasarkan siapa yang mengendalikan sesuatu premis,” katanya.
DBKL turut menegaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memandang serius sebarang dakwaan berkaitan salah laku atau arahan yang boleh menjejaskan tugas penguatkuasaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti khusus berkaitan dakwaan itu diminta mengemukakannya kepada DBKL untuk penelitian dan tindakan lanjut.
“Penguatkuasaan DBKL dilaksanakan tanpa pilih kasih dan berdasarkan undang-undang,” katanya.
Isu itu tercetus selepas satu hantaran di platform Threads mendakwa hampir 500 anggota penguat kuasa DBKL yang bertugas di lapangan tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap premis tertentu, termasuk premis yang dikendalikan warga asing.
Dakwaan sedemikian menjadi perhatian susulan isu penguatkuasaan terhadap premis perniagaan di ibu negara yang sering membabitkan pelbagai aspek, termasuk lesen perniagaan, penjaja, kebersihan dan pematuhan syarat operasi.
DBKL sebelum ini turut menjalankan operasi penguatkuasaan bersama agensi lain apabila sesuatu kes berada di bawah bidang kuasa berbeza.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib