SPRM reman pemilik syarikat, ejen bantu siasatan dokumen palsu JPJ

September 15, 2026 · Isu semasa

Seorang pemilik syarikat dan seorang ejen direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Evangelin Simon Silvaraj di Mahkamah Majistret Ipoh bermula Selasa.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, mereka disyaki bersubahat mengemukakan dokumen perakuan serta butiran palsu bagi membolehkan proses pendaftaran dan pertukaran hak milik nombor kenderaan dilakukan secara tidak sah tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 9 September lalu, SPRM menahan reman enam anggota JPJ bersama lima ejen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
19 jam lalu· Isu semasa
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026· Politik
Kes solar Rosmah: Mahkamah Rayuan tangguh keterangan tambahan saksi
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
September 21, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
19 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok