Jurugambar The Borneo Post, Chimon Anak Upan terjejas akibat ribut pada 25 Ogos lalu menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA yang disampaikan Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM kepada jurugambar The Borneo Post, Chimon Anak Upan yang terjejas akibat ribut pada 25 Ogos lalu.
Chimon, 59, yang sudah 17 tahun berkhidmat bersama The Borneo Post, mengalami kerosakan sebahagian bumbung kediamannya susulan kejadian ribut berkenaan. Bekalan elektrik di kediamannya turut terputus akibat bencana itu.
Sumbangan tersebut disampaikan Fahmi ketika beliau menyantuni Chimon sebagai sebahagian daripada usaha membantu pengamal media yang berdepan kesukaran atau ditimpa musibah.
Tabung Kasih@HAWANA X TM merupakan inisiatif di bawah Tabung Kasih@HAWANA hasil sumbangan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telekom Malaysia (TM), bagi memperluas bantuan kepada pengamal media yang memerlukan.
Sejak mula disalurkan pada Jun tahun ini, seramai 75 pengamal media di seluruh negara sudah menerima manfaat menerusi inisiatif berkenaan.
Inisiatif itu turut menjadi kesinambungan kepada Tabung Kasih@HAWANA yang diperkenalkan pada April 2023 di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Sehingga kini, seramai 845 pengamal media di seluruh negara sudah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA.
Sumbangan berkenaan dilihat bukan sekadar bantuan kewangan, malah mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan pengamal media yang terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Dalam perkembangan sama, usaha memperluas bantuan melalui kerjasama sektor korporat turut memberi ruang lebih besar kepada inisiatif kebajikan media, khususnya ketika pengamal media berdepan musibah tidak dijangka.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Bahria Mohd Tamil; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum