Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000

September 17, 2026 · Isu semasa

Seorang warga emas mengalami kerugian RM218,239.24 selepas dipercayai terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang ditawarkan menerusi media sosial.

Mangsa, lelaki berusia 65 tahun yang menjalankan perniagaan penapis air di Kuantan, dipercayai tertarik dengan tawaran pelaburan selepas melihat iklan berkaitan pelaburan kripto di Facebook pada Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob berkata, mangsa kemudian menyertai sebuah kumpulan WhatsApp sebelum diberikan arahan untuk membuat beberapa transaksi pelaburan.

“Mangsa kemudiannya diberikan arahan untuk membuat pelaburan dan dijanjikan pulangan tinggi berdasarkan keuntungan dipaparkan melalui aplikasi Uphold,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa melakukan sebanyak 53 transaksi menggunakan akaun Luno, Mxglobal dan Trust Wallet ke akaun pelaburan Uphold, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM218,239.24.

Mangsa bagaimanapun mula menyedari dirinya mungkin menjadi mangsa penipuan selepas akaun Uphold miliknya dibekukan pada 20 Ogos lalu.

“Pada 20 Ogos 2026, akaun Uphold milik mangsa telah dibekukan dan mangsa diminta membayar RM30,000 sebagai cukai bagi tujuan mengaktifkan akaun tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan gagal membuat pengeluaran wang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azry Akmar pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat, terutama jika tawaran diterima menerusi media sosial atau aplikasi pesanan.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang kepada mana-mana pihak.

“Orang ramai disaran membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon melalui platform Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan,” katanya.

Mereka yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan pula diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat laporan polis.

Kes ini sekali lagi menunjukkan taktik penipuan pelaburan boleh menyasarkan mangsa melalui platform digital dengan memaparkan keuntungan yang kelihatan meyakinkan sebelum mangsa diminta memasukkan wang secara berperingkat.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
2 jam lalu· Isu semasa
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
November 23, 2026· Rencana
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
November 24, 2026 · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
11 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
1 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok