Wujud peserta berbogel pada malam program motivasi eHATI: Polis

July 16, 2025 · Isu semasa

Empat individu dikenal pasti berbogel semasa program motivasi rumah tangga (eHATI) di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan mendapati wujud aktiviti tidak bermoral dilakukan peserta semasa ‘Queens Night’ dianjurkan syarikat motivasi terbabit.

“Pada malam Queens Night iaitu hari terakhir program eHATI, memang ada kegiatan bogel dilakukan empat individu membabitkan fasilitator dan peserta program berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selango hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi eHATI bersama empat individu lain berusia antara 26 hingga 57 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Hussein berkata, terdapat dua pakej ditawarkan pada program itu dengan Pakej A berharga sekitar RM6,000, manakala Pakej B berharga kira-kira RM9,000.

“Pakej B ada tambahan program dikenali sebagai ‘Queens Night’ dan aktiviti bogel itu dipanggil sebagai ‘rebirth’.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair minuman yang ada pada majlis itu,” katanya.

Hussein berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 50 peserta yang menyertai program itu dan mereka diminta tampil memberi keterangan.

“Kita sudah ada semua 50 senarai peserta dan setakat ini 30 individu sudah hadir memberi keterangan.

“Siasatan juga mendapati program ini tidak hanya memfokuskan individu beragama Islam, sebaliknya dianjurkan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menghantar sampel cecair yang dirampas kepada Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungannya.

“Kita juga mengesan ada penjawat awam yang menyertai program ini dan siasatan lanjut masih dijalankan, jadi beri kami ruang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan; Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Berita berkaitan
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026· Politik
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
April 29, 2026· Isu semasa
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
April 27, 2026· Isu semasa
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
April 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
May 2, 2026 · Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
May 2, 2026 · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
13 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
14 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok