DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir

2 jam lalu · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan hari ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), selepas Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh dijadual mengumumkan perkara itu pada petang ini.

Ab Rauf dijangka mengadakan sidang media pada jam 3 petang di Kompleks Seri Negeri, sekali gus menjadi perkembangan penting selepas beberapa minggu spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Melaka.

Menurut sumber, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang pada asalnya dijadual berlangsung esok diawalkan kepada tengah hari ini dan akan dipengerusikan Ab Rauf.

Beliau kemudiannya dijadual menghadiri Mesyuarat Pasca-Exco di Auditorium Seri Negeri pada jam 2 petang sebelum sidang media berhubung perkembangan politik negeri itu.

Sumber turut memaklumkan surat panggilan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk hadir ke Kompleks Seri Negeri pada jam 2.30 petang sudah diedarkan semalam.

“Pembubaran DUN dijangka diumumkan pada petang ini selepas semua urusan berkaitan selesai,” kata sumber.

Dalam perkembangan sama, surat pembubaran DUN dilaporkan sudah ditandatangani Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam, sebelum beliau berlepas ke Jepun.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran berkenaan.

Pejabat Ketua Menteri juga dijangka mengeluarkan jemputan kepada media sekitar tengah hari ini bagi menghadiri sidang media yang dijadualkan pada jam 3 petang.

Spekulasi mengenai pembubaran DUN Melaka semakin kuat sejak kebelakangan ini selepas Ab Rauf beberapa kali memberikan bayangan PRN semakin hampir, termasuk menggunakan ungkapan “satu Jumaat lagi” dalam beberapa kenyataannya.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Disember ini.

Sekiranya DUN dibubarkan hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon serta hari pengundian mengikut tempoh ditetapkan undang-undang.

PRN Melaka kali terakhir berlangsung pada November 2021 dengan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN. Parti lain turut mempunyai kerusi dalam DUN Melaka selepas pilihan raya berkenaan.

Berita berkaitan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
16 jam lalu· Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
24 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026 · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
September 22, 2026 · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026 · Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
2 jam lalu · Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok