Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA

September 23, 2026 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua pengarah Mandiri Development Centre Sdn Bhd ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira jam 3.53 petang, Selasa di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka pada 10 September lalu di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Satu kertas siasatan berkaitan Mandiri Development Centre Sdn Bhd telah dibuka susulan satu laporan polis berdasarkan hasil semakan terhadap syarikat berkenaan.

“Semakan itu berkaitan penerimaan dana yang disyaki hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh 2024 hingga 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalid berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, penelitian turut merangkumi aspek penyimpanan, pemindahan dan penggunaan wang selain kemasukan atau pengeluaran dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.

“PDRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh dengan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang masih berjalan.

PDRM memberi jaminan siasatan akan dilaksanakan secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian susulan dakwaan berkaitan penyaluran dana kepada Mandiri Development Centre.

Pada Mei lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan penyaluran dana lebih RM1.5 juta daripada The Tides Foundation kepada Mandiri.

Mandiri sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan dan dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Kamil.

Siasatan polis kini tertumpu kepada aliran dana dan urus niaga berkaitan bagi menentukan sama ada terdapat elemen kesalahan di bawah Akta 613.

Berita berkaitan
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
86 laporan, polis selesai siasatan ucapan Noorazli semasa Perhimpunan UMNO
September 17, 2026· Politik
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
September 7, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
22 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok