PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan

September 23, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari untuk dibincangkan bersama parti berkaitan.

Menurutnya, PH tidak seharusnya bersikap angkuh dan perlu membuka ruang kepada perbincangan sekiranya terdapat pihak yang mahu mencari titik persamaan.

“Saya sudah tugaskan kepada Amirudin Shari dan bincang. Kita jangan sombong. Kalau orang kata sedia bincang, kita bincang, itu cara politik.

“Ada orang kata tak ada, bincang pun salah. Setuju atau tidak setuju terpulang kepada jawatankuasa,” katanya kepada media Malaysia di Hangzhou hari ini.

Anwar turut mengesahkan perbincangan dengan Bersatu sedang berlangsung, namun menegaskan keputusan akhir masih belum dibuat.

“Dengan Bersatu pun kita bincang, tak ada lagi keputusan. Saya serah kepada jawatankuasa. Saya tumpu kepada urus negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam perjalanan ke Hangzhou menggunakan kereta api berkelajuan tinggi, dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke China.

Sementara itu, perkembangan politik di Melaka semakin mendapat perhatian selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran itu membuka laluan kepada pilihan raya negeri, dengan penggal semasa DUN Melaka dijadual berakhir pada 27 Disember depan.

Persiapan menghadapi pilihan raya kini menjadi tumpuan parti politik, termasuk soal pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama antara gabungan yang akan bertanding.

Dalam perkembangan itu, Anwar menyerahkan keputusan berkaitan strategi PH kepada jawatankuasa yang diberi tanggungjawab, sementara beliau memberi fokus kepada urusan pentadbiran negara.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
19 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
2 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
5 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
6 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok