Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama

September 22, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih hilang akibat bencana banjir dahsyat di Nepal pada bulan lepas kepada perdana menteri negara itu, Balendra Shah, pagi tadi.

Anwar berkata Balendra telah memberi jaminan bahawa usaha pencarian akan diteruskan sedaya upaya, walaupun keadaan di lapangan semakin mencabar dengan skala bencana dan kemusnahan yang disifatkan seumpama tsunami.

“Saya berharap segala ikhtiar yang digerakkan akan membuahkan hasil dan memberikan kepastian yang amat dinantikan terutama buat keluarga kesemua 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemukan,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, perkara itu dinyatakan menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat dari Nepal itu sebelum beliau berlepas ke China pagi tadi.

Dalam perbualan itu, Anwar juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal, pihak berkuasa serta pasukan penyelamat yang telah bekerja keras dalam operasi mencari mangsa bencana itu termasuk rakyat Malaysia yang belum ditemukan.

Selain itu, Anwar berkata, beliau membangkitkan keperluan mewujudkan suatu mekanisme rasmi sekiranya mangsa tidak ditemukan dan proses pencarian tidak dapat memberikan kepastian.

“Langkah ini penting bagi membantu keluarga yang terkesan menguruskan perkara berkaitan undang-undang, kewangan dan pentadbiran. Saya akan mengutus surat rasmi kepada perdana menteri (Nepal) bagi memperincikan cadangan ini,” katanya.

Menurut laporan media antarabangsa, angka kematian akibat bencana pada 26 Ogos di sempadan Nepal-China meningkat kepada lebih 1,450 orang, dengan lebih 6,000 lagi masih hilang di kedua-dua negara.

Anwar berlepas ke China untuk lawatan kerja selama tiga hari bermula hari ini atas jemputan kerajaan China. – Bernama

Berita berkaitan
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
2 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
4 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
2 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
4 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
23 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok