JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama

September 24, 2026 · Isu semasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan kenyataan yang disiarkan menerusi sebuah akaun Facebook bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?”, didakwa menyerupai berita rasmi.

Susulan itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti,” menurut JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Semakan di akaun Facebook berkenaan didapati hantaran itu yang dimuat naik 12 jam lepas masih belum dipadam setakat 9.15 pagi ini, dengan lebih 1,800 komen dan 325 perkongsian. – Bernama

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
18 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
18 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
18 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok