Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama

September 24, 2026 · Politik

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan (surat peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) sekembalinya ke tanah air,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita setibanya di Hangzhou hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan meneruskan hasrat mengundurkan diri daripada Kabinet.

Loke ketika ini mengiringi Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan kerajaan China.

Loke sebelum ini mengumumkan akan meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept lepas.

Perdana Menteri semasa bercakap kepada media Malaysia dalam perjalanan dari Shanghai ke Hangzhou menaiki kereta api berkelajuan tinggi berharap Loke mempertimbangkan keputusan beliau itu dan tiada pihak menekan DAP supaya keluar Kerajaan Perpaduan.

Anwar juga berkata beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Loke. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
18 jam lalu· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026 · Politik
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
September 24, 2026 · Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
September 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
16 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok