Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah

September 28, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh perubatan negara, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Menerusi hantaran di laman sosial Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

“Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang,” menurut hantaran itu.

Allahyarhamah Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pemergian beliau berlaku kira-kira dua bulan selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu.

Allahyarhamah dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan dikenali sebagai antara wanita terawal negara yang menceburi bidang perubatan, selain banyak menyumbang dalam sektor kesihatan awam, khususnya berkaitan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Dr Hasmah berkahwin dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Pasangan berkenaan turut mempunyai tiga anak angkat, Melinda, Mazhar dan Maizura.

Sepanjang hayatnya, Dr Hasmah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada seorang bekas Perdana Menteri, malah mempunyai kerjaya dan sumbangan tersendiri dalam bidang perubatan serta kesihatan masyarakat.

Pemergian beliau meninggalkan kesan besar kepada keluarga, rakan dan masyarakat yang mengenali sumbangannya dalam bidang kesihatan serta kehidupan awam negara.

Berita berkaitan
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
3 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
October 8, 2026· Isu semasa
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026· Politik
Pertemuan terakhir dengan Siti Hasmah jadi kenangan Syed Saddiq
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
3 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
4 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
4 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok