Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah

September 28, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, petang ini.

Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di pekarangan masjid kira-kira jam 4 petang sebelum menyantuni suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.

Anwar turut dilihat bersalaman dan berbual ringkas dengan Dr Mahathir sebelum bersama ahli keluarga Allahyarham serta jemaah menunaikan solat Asar.

Kehadiran Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah mencerminkan penghormatan terhadap jasa serta sumbangan Siti Hasmah yang dikenali sebagai antara tokoh wanita penting dalam sejarah negara.

Orang ramai, kenamaan dan perwakilan asing turut hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Siti Hasmah kemudian dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada petang ini untuk istiadat pengebumian.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi ini pada usia 100 tahun.

Pemergian beliau menutup satu lembaran panjang kehidupan yang banyak berkait dengan sejarah pembangunan negara, khususnya menerusi peranan beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri keempat dan ketujuh, selain sumbangan dalam bidang perubatan serta kebajikan.

Siti Hasmah dan Dr Mahathir mendirikan rumah tangga pada 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Kerajaan sebelum ini turut memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada Malaysia.

Berita berkaitan
Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya
September 28, 2026· Isu semasa
Pertemuan terakhir dengan Siti Hasmah jadi kenangan Syed Saddiq
September 28, 2026· Isu semasa
Jasa Tun Dr Siti Hasmah dikenang, negara beri penghormatan khas
September 28, 2026· Isu semasa
Anwar rakam ucapan takziah atas pemergian Siti Hasmah
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
15 jam lalu · Politik
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
18 jam lalu · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
18 jam lalu · Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
20 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok