Pasport Malaysia naik ke tangga kedua dunia

September 28, 2026 · Isu semasa

Pasport Malaysia terus mengukuhkan kedudukan di peringkat antarabangsa apabila melonjak ke tangga kedua pasport paling berkuasa di dunia bagi 2026, meningkat satu anak tangga berbanding kedudukan ketiga tahun lalu.

Pencapaian itu berdasarkan data The Passport Index Global Ranking 2026, yang turut menunjukkan Malaysia berkongsi kedudukan kedua bersama Singapura, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menduduki tempat pertama.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan peningkatan kedudukan itu mencerminkan kekuatan serta penerimaan pasport Malaysia dalam kalangan negara antarabangsa.

“Berdasarkan penarafan tersebut, pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi merangkumi 129 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan 23 destinasi memerlukan visa,” menurut JIM.

Kedudukan itu memberi gambaran semakin luasnya akses perjalanan antarabangsa untuk rakyat Malaysia, khususnya ke destinasi yang menawarkan kemudahan perjalanan tanpa keperluan mendapatkan visa lebih awal.

Dalam ranking 2026 itu, Sepanyol berada di tangga ketiga, manakala beberapa negara Eropah dan Asia turut mencatat kedudukan tinggi berdasarkan jumlah destinasi yang boleh dimasuki pemegang pasport masing-masing.

Di Asia Tenggara, Brunei mencatat kedudukan ke-18 dunia, diikuti Timor-Leste di tangga ke-45 dan Thailand di tempat ke-52.

Indonesia pula berada di kedudukan ke-55, Filipina ke-64, Vietnam ke-71, Kemboja ke-73, Laos ke-78 dan Myanmar di tangga ke-85.

Kekuatan sesebuah pasport lazimnya diukur berdasarkan jumlah destinasi yang boleh dimasuki pemegangnya tanpa visa, dengan visa semasa ketibaan atau melalui kemudahan perjalanan lain.

Peningkatan kedudukan Malaysia tahun ini turut mengekalkan negara sebagai antara pemegang pasport terkuat di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk melakukan perjalanan antarabangsa.

Berita berkaitan
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026· Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026· Isu semasa
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
August 29, 2026· Isu semasa
Dua rakyat Malaysia di Nepal berjaya dikesan, 55 lagi masih gagal dihubungi
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
15 jam lalu · Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
17 jam lalu · Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok