SPRM sedia siasat dakwaan kementerian bawah Zahid belanja lebih RM2.1 bilion

11 jam lalu · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sekiranya menerima aduan rasmi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan dakwaan itu dan hanya mengetahui perkara berkenaan menerusi laporan media.

Menurutnya, SPRM tidak wajar memberikan ulasan lanjut selagi tiada aduan rasmi diterima untuk membolehkan perkara itu diteliti.

“Kita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.

“Apabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),” katanya selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026 hari ini.

Isu berkenaan timbul selepas Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa SPRM mengambil tindakan susulan dakwaan KKDW membelanjakan RM2.1 bilion melebihi jumlah yang diperuntukkan.

Dakwaan itu mendapat perhatian apabila persoalan dibangkitkan mengenai pengurusan dan penggunaan peruntukan kementerian, termasuk sama ada berlaku perbelanjaan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menegaskan KKDW tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.

Beliau turut menjelaskan perbelanjaan kementerian dibuat berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam belanjawan atau jumlah yang telah mendapat kelulusan kerajaan.

SPRM sebelum ini turut menegaskan sebarang laporan atau aduan rasmi berkaitan dakwaan salah guna kuasa, rasuah atau penyelewengan akan dinilai berdasarkan maklumat dan bukti yang dikemukakan sebelum tindakan lanjut diputuskan.

Berita berkaitan
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
11 jam lalu· Isu semasa
Shahrol Shiro nafi lantikan di UKM kerana politik: Laporan
13 jam lalu· Politik
PRN Melaka: BN masih buka pintu kerjasama, termasuk dengan PH
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: DAP buat laporan polis, dakwaan kait parti dengan istana
9 jam lalu · Politik
PN minta RoS jelaskan 8 aduan Bersatu: Tuan Ibrahim
13 jam lalu · Politik
Razali Idris beri bayangan tinggalkan Bersatu, sertai parti lain
14 jam lalu · Politik
PH belum muktamadkan bentuk kerjasama PRN Melaka: Fahmi
24 jam lalu · Politik
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan: Aminuddin
September 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok