Kewangan Islam mesti kekal relevan, berdaya saing: Anwar

October 2, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan pemikiran Syariah terus diperkasa supaya kewangan Islam kekal relevan, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan tradisi ilmu Syariah terus berkembang seiring perubahan semasa, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, ketegangan geopolitik dan jurang ketidaksamaan yang semakin melebar.

Menurutnya, kepimpinan pemikiran Syariah perlu bersifat responsif dan tangkas dalam menangani realiti baharu kewangan Islam.

“Kita perlu menyuburkan kepimpinan pemikiran Syariah atau ‘shariah thought leadership’ yang bukan sahaja berakarumbikan tradisi, malah responsif dan tangkas dalam mendepani realiti kontemporari.

“Kita juga mesti memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2026 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Anwar berkata, sistem kewangan pada masa kini tidak seharusnya hanya berorientasikan keuntungan, sebaliknya perlu berpaksikan nilai etika, keadilan dan ihsan.

Katanya, pendekatan itu selari dengan kerangka MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab moral, selain memastikan keuntungan turut disertai matlamat yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kerangka MADANI yang kita junjung menuntut keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab moral, antara keuntungan dengan matlamat murni.

“Kewangan Islam yang berpaksikan prinsip Syariah menawarkan acuan keseimbangan yang tepat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru supaya hasil perbincangan dalam iSHAR tidak terhenti sebagai wacana semata-mata, sebaliknya diterjemahkan kepada dasar, produk dan amalan yang memberi kesan kepada masyarakat.

Anwar turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara cendekiawan Syariah, pengawal selia, institusi kewangan dan pemain ekonomi bagi memperkukuh ekosistem kewangan Islam.

“Marilah kita melonjakkan usaha ke arah pelaksanaan. Mari kita pastikan segala buah fikiran dan cetusan idea yang terhasil di sini diterjemahkan menjadi dasar, produk dan amalan yang mampu mengangkat martabat serta membela masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
20 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
October 10, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
October 10, 2026· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
9 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
9 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok