Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC

October 5, 2026 · Isu semasa

Kerajaan melancarkan Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) bagi memastikan graduan dan tenaga kerja tempatan lebih bersedia menghadapi perubahan dunia pekerjaan akibat perkembangan kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, teknologi generasi baharu dan ekonomi hijau.

Kerangka itu dilancarkan bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Khairul Firdaus Akbar Khan dalam satu majlis di Angkasapuri, hari ini.

C&M FSF diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai rujukan strategik pembangunan bakat sektor komunikasi dan multimedia untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Kerangka itu dibangunkan bagi merapatkan jurang antara keperluan industri dengan sistem pendidikan dan pembangunan kemahiran, sekali gus memberi laluan lebih jelas kepada graduan daripada institusi pendidikan ke alam pekerjaan.

Pendekatan itu turut menyatukan peranan kerajaan, industri dan institusi pendidikan supaya pembangunan bakat dapat bergerak seiring perubahan teknologi serta keperluan ekonomi masa hadapan.

MCMC membangunkan kerangka berkenaan berdasarkan dapatan kajian ‘Impact Study of Artificial Intelligence, Digital and Green Economy on the Malaysian Workforce’ yang dilaksanakan bersama TalentCorp Malaysia.

Kajian berkenaan membantu mengenal pasti kemahiran, kompetensi dan laluan kerjaya yang semakin diperlukan industri dalam menghadapi perubahan teknologi dan struktur pekerjaan.

Bagi memastikan pelaksanaan kerangka itu memenuhi keperluan sebenar industri, ‘Future Skills Talent Council’ (FSTC) turut ditubuhkan dan diterajui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi melalui MCMC.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula akan menggunakan C&M FSF bagi memperkukuh kurikulum, mikrokelayakan dan kompetensi graduan.

“Keperluan industri perlu diterjemahkan kepada pembangunan kemahiran dan pendidikan yang lebih responsif supaya graduan serta tenaga kerja tidak ketinggalan apabila teknologi dan pasaran pekerjaan berubah,” menurut kenyataan bersama tiga kementerian itu.

Pada majlis sama, MCMC, HRD Corp, TalentCorp Malaysia dan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) turut memeterai kerjasama strategik bagi menyokong pelaksanaan kerangka melalui latihan berasaskan industri serta pembangunan kemahiran.

Bagi tenaga kerja sedia ada, inisiatif itu memberi ruang untuk meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan perubahan pekerjaan, manakala industri mendapat manfaat melalui saluran bakat yang lebih selari dengan keperluan sektor.

Pelancaran C&M FSF dilihat sebagai langkah awal kerajaan menyediakan tenaga kerja Malaysia untuk berdepan perubahan besar dunia pekerjaan, khususnya ketika AI dan teknologi digital semakin mempengaruhi cara organisasi beroperasi serta jenis kemahiran yang diperlukan.

Berita berkaitan
Kerajaan sasar 500,000 pekerjaan baharu menerusi teknologi AI: Menteri Ekonomi
2 jam lalu· Isu semasa
Penjawat awam nikmati rebat Pandapro hingga Disember
5 jam lalu· Isu semasa
PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
October 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan
2 jam lalu · Isu semasa
Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat
2 jam lalu · Isu semasa
Akta Perkhidmatan Parlimen perkukuh reformasi institusi: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok