PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi

October 13, 2026 · Isu semasa

Kelantangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan kebebasan Palestin membuktikan komitmen teguh Malaysia untuk merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Anwar antara pemimpin dunia yang lantang dan tidak berkompromi dalam menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perjuangan rakyat Palestin.

Menurutnya, kehadiran Perdana Menteri pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara sempena Kongres Sumud Sedunia 2026 membawa mesej jelas komitmen kerajaan bukan sekadar melalui retorik politik atau rundingan diplomatik.

Sebaliknya, sokongan itu turut diterjemahkan menerusi gerakan masyarakat dan usaha kemanusiaan, termasuk Global Sumud Flotilla (GSF).

“Kehadiran Perdana Menteri pada malam ini memberi signal yang sangat jelas ia bukan sekadar retorik politik, bukan sekadar apa yang dibincangkan di meja diplomatik, malah digerakkan melalui sokongan, naungan, gerakan massa seperti Global Sumud Flotilla (GSF),” katanya selepas menghadiri majlis berkenaan malam tadi.

Fahmi turut menegaskan Kementerian Komunikasi bersedia membantu sebarang perancangan yang dikemukakan oleh Sumud Nusantara dan GSF bagi memperkukuh gerakan berkenaan.

Menurutnya, bantuan itu termasuk sokongan dari aspek komunikasi dan media sosial bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Kami sedia untuk membantu. Termasuk kalau kita teliti dari segi media sosial, jadi ini antara beberapa perkara yang Kementerian Komunikasi sendiri akan bantu,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kefahaman masyarakat, Fahmi berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global untuk menerbitkan siri mini televisyen berkaitan *Sumud Protocol*.

Siri berkenaan dirancang untuk ditayangkan kepada masyarakat umum sebagai usaha memperkenalkan gerakan dan pendekatan yang digunakan dalam perjuangan solidariti Palestin.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Sani Araby atas usaha mengemudi dan menganjurkan pelbagai inisiatif yang disifatkannya signifikan dalam menggerakkan sokongan terhadap Palestin.

Isu Palestin terus menjadi antara agenda utama dasar luar Malaysia, dengan kerajaan berulang kali menegaskan sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Dalam perkembangan berkaitan, Global Sumud Flotilla menjadi antara gerakan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dan sukarelawan bagi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin, termasuk melalui misi kemanusiaan dan usaha menarik perhatian dunia terhadap keadaan di Gaza.

Kerajaan berharap kerjasama dengan gerakan masyarakat sivil dapat memperluas sokongan awam serta memastikan perjuangan Palestin terus mendapat perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Berita berkaitan
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
October 13, 2026· Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026· Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026· Isu semasa
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
October 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
16 jam lalu · Isu semasa
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
18 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
18 jam lalu · Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok