Pemilihan PKR: Rafizi dakwa sudah disusun untuk kalah kepada Nurul Izzah

May 18, 2025 · Politik

Rafizi Ramli membuat dakwaan kononnya PKR sudah menyusun strategi untuk memastikan kekalahannya kepada Nurul Izzah Anwar dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden.

Menteri Ekonomi itu berkata PKR sudah mengerakkan strategi untuk memastikan beliau kalah kepada Nurul Izzah, satu dakwaan yang akan menimbulkan pelbagai reaksi tidak baik kepada parti kerajaan tersebut.

“Isyarat itu telah jelas, keseluruhan parti telah digerakkan agar saya kalah dengan Nurul Izzah…memang jelaslah, tak ada masalah.

“Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. Saya masuk (pemilihan) saya menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat.

“Gila ke apa kau menang…dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata,” katanya dalam ceramah siri jelajah Hiruk di Sarawak, malam tadi.

Sebelum ini, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PKR kali ini.

Mengakui dia sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, menteri ekonomi itu berkata dia akan mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

Sementara itu Rafizi semalam berkata keputusan bertanding dalam pemilihan kali ini adalah “berani mati” dalam keadaan dia tahu akan kalah berdepan Nurul Izzah.

Malah, katanya kenyataan pemimpin PKR yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah sebelum ini adalah bertujuan melemahkannya supaya dia menarik diri daripada menyertai pertandingan itu.

Namun kata Rafizi dia seorang yang keras kepala dan tidak akan beri kemenangan percuma kepada lawannya.

“Saya ingat awal itu, isyarat yang digerakkan supaya saya kononnya patah hati tak apalah saya tak bertanding, jadi (NUrul Izzah) menang tanpa bertanding. Jadi masalah kerana saya keras kepala.

“Saya tahu masuk pertandingan ini berani mati, tak ubah macam saudara-saudari dekat Sarawak. Masuk bertanding menang belum tentu, kalah confirm,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
2 jam lalu· Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
21 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
4 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
7 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
7 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok