Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri menyambut ketibaan Min Aung Hlaing di bangunan berkenaan pada 9 pagi, disusuli upacara sambutan rasmi.
Min Aung Hlaing dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sejak semalam (Rabu), dengan isu penghantaran pulang warga Myanmar di Malaysia antara perkara utama yang dijangka dibincangkan bersama Perdana Menteri Malaysia.
Selepas pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala.
Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani yang bertindak sebagai menteri pengiring.
Semalam, Wisma Putra memaklumkan lawatan itu juga memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan libat urus secara langsung dengan Myanmar, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 pada Mei 2026 untuk meneruskan pendekatan konstruktif dan berprinsip dengan negara itu.
Menurut Wisma Putra, Myanmar merupakan sebahagian penting daripada ASEAN dan sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia akan terus menyokong usaha blok serantau itu ke arah keamanan dan perdamaian serta memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Myanmar.
Malaysia juga akan bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.- Bernama
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
MCMC pantau dakwaan maklumat palsu berkaitan isu Belanjawan 2027
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum