Belanjawan 2027: Had pelepasan cukai individu naik RM12,000

October 9, 2026 · Isu semasa

Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000 berbanding kadar lama RM9,000 yang tidak disemak sejak 2010, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kadar cukai pendapatan individu pemastautin pula dikurangkan sebanyak satu mata peratus.

Anwar berkata pelepasan cukai individu turut diperluas antaranya melibatkan rawatan perubatan iaitu perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.

“Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan manakala peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan.

“Yuran pengajian serta kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak, selain itu gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI (kecerdasan buatan) serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata semua langkah itu diambil kerana kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan (M40) yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus, manakala banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus.

“Pada masa sama, kerajaan mengambil pendekatan progresif, dengan kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM1 juta diselaraskan kepada 30 peratus,” katanya.

Perdana Menteri berkata kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu, bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar cukai. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
22 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
22 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026 · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026 · Isu semasa
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
16 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok