Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF

October 9, 2026 · Isu semasa

Hasil Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat 4.7 peratus kepada RM380.8 bilion pada 2027, berbanding unjuran RM363.6 bilion pada 2026, didorong peningkatan kutipan cukai serta sumbangan hasil berkaitan petroleum.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027 memaklumkan hasil cukai dijangka meningkat 5.8 peratus kepada RM297.1 bilion, merangkumi 78 peratus daripada keseluruhan hasil kerajaan.

Sementara itu, hasil bukan cukai diunjurkan meningkat 1.1 peratus kepada RM83.7 bilion.

“Dengan mengambil kira andaian purata harga minyak mentah dunia kekal stabil pada 2027, hasil berkaitan petroleum dijangka berjumlah RM61.2 bilion atau 16.1 peratus daripada jumlah hasil,” menurut MoF.

Daripada jumlah itu, dividen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka meningkat kepada RM32 bilion, berbanding RM27 bilion yang diunjurkan bagi 2026.

Hasil bukan petroleum pula dijangka meningkat 3.5 peratus kepada RM319.6 bilion, mencerminkan sumbangan kutipan cukai yang lebih kukuh hasil pembaharuan sistem percukaian.

Bagi 2026, hasil kerajaan Persekutuan diunjurkan meningkat 6.0 peratus kepada RM363.6 bilion berbanding anggaran Belanjawan, iaitu 8.2 peratus lebih tinggi daripada kutipan pada 2025.

MoF berkata prestasi itu disokong pertumbuhan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan serta peningkatan purata harga minyak mentah dunia.

Dari segi cukai langsung, kutipan dijangka meningkat 4.6 peratus kepada RM199.9 bilion, dipacu cukai pendapatan syarikat yang dianggarkan berjumlah RM106.6 bilion dan cukai pendapatan individu sebanyak RM51.8 bilion.

Pertambahan pendaftaran pembayar cukai, pelaksanaan e-Invois secara berperingkat serta penguatkuasaan dan audit yang lebih tegas turut dijangka membantu meningkatkan pematuhan cukai.

Dalam kategori cukai tidak langsung, kutipan diunjurkan meningkat 8.3 peratus kepada RM97.2 bilion, dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) menjadi penyumbang utama sebanyak RM73.3 bilion.

Menurut MoF, unjuran SST yang lebih tinggi itu sejajar dengan penggunaan swasta yang mampan serta aktiviti ekonomi berkaitan acara utama, termasuk kempen Visit Malaysia 2026–2027 dan penganjuran Sukan SEA ke-34 di Malaysia.

Kerajaan turut menjangkakan pendapatan pelaburan daripada Petronas sebanyak RM32 bilion, Bank Negara Malaysia RM7 bilion dan Khazanah Nasional Bhd RM3 bilion pada 2027.

Selain itu, kerajaan mengunjurkan penerimaan RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bagi membantu membiayai sebahagian bayaran persaraan.

Peningkatan hasil ini menjadi antara komponen penting dalam perancangan fiskal kerajaan bagi membiayai perbelanjaan negara, termasuk perkhidmatan awam dan pembangunan, ketika usaha memperkukuh kedudukan kewangan kerajaan diteruskan.

Berita berkaitan
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
20 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
20 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
23 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
4 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
4 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok