RM2.3 bilion untuk selenggara kuarters penjawat awam, pencen terendah dinaikkan

October 9, 2026 · Uncategorized

Kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters penjawat awam, termasuk anggota polis, doktor, tentera, guru dan bomba menerusi Belanjawan 2027.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh kemudahan perumahan penjawat awam yang menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pada masa sama, peranan Bahagian Pengurusan Hartanah akan dinaik taraf kepada Jabatan Hartanah Negara bagi memperkukuh pengurusan perumahan sektor awam.

“Penghargaan setulusnya kepada 1.6 juta penjawat awam atas jasa bakti dalam melunas amanah Berkhidmat Untuk Negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan *Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi* di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut membina Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Skudai, Johor serta kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah.

Projek bernilai lebih RM500 juta itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 900 anggota.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan bersetuju menaikkan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, sekali gus memberi manfaat kepada hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.

Kerajaan turut melaksanakan kenaikan pangkat secara ‘one-off’ melalui kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).

Langkah itu bertujuan mengiktiraf pegawai cemerlang yang masih menunggu kenaikan pangkat berikutan kekangan jawatan.

Bagi kebajikan keluarga penjawat awam, kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan ditingkatkan daripada 360 hari kepada 490 hari, dengan maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.

Sebanyak RM20 juta turut disediakan untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

Sementara itu, kadar elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), bomba bantuan, sukarelawan polis dan sukarelawan pertahanan awam dinaikkan kepada RM9 sejam bagi petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi penyelia.

Peruntukan RM339 juta disediakan bagi pelaksanaan kenaikan itu yang akan memberi manfaat kepada hampir 50,000 sukarelawan.

Kerajaan juga menaikkan bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal secara sekali bayar daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk kepada tempoh perkhidmatan.

“Ini merupakan tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026,” katanya.

Pelbagai langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh kebajikan penjawat awam, pesara dan petugas sukarelawan, merangkumi kemudahan perumahan, peluang kenaikan pangkat serta perlindungan keluarga.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
3 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
4 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
8 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Uncategorized terkini
Teguran audit pulihkan RM920.91 juta wang kerajaan: Azalina
October 7, 2026 · Uncategorized
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
July 30, 2026 · Uncategorized
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026 · Uncategorized
AMK Melaka desak penjelasan Ketua Menteri berhubung isu bubar DUN
June 3, 2026 · Uncategorized
Isu saham Azam Baki timbul lagi susulan laporan Bloomberg
February 10, 2026 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok