Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP

October 10, 2026 · Isu semasa

Lelaki berusia 30-an yang tular melarikan diri daripada polis di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Damansara Damai, semalam, cedera ditembak sebelum berjaya ditahan.

Suspek yang memandu kereta Proton Wira secara berbahaya dipercayai merempuh beberapa kenderaan lain ketika dikejar polis sebelum meninggalkan keretanya dan cuba melarikan diri dengan berlari di lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.42 petang.

Menurutnya, kejadian bermula apabila polis peronda mengejar kenderaan suspek dari Persiaran Mahogani menghala ke Sungai Buloh.

“Suspek memandu secara agresif dan berbahaya serta merempuh kenderaan lain sebelum ditahan di tempat kejadian.

“Suspek cedera akibat ditembak polis dalam kejadian itu dan kini masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang anggota polis turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan dan sudah menerima rawatan.

Semakan polis mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau, terdiri daripada enam kes berkaitan dadah dan empat kes jenayah.

Polis turut merampas dadah serta senjata mainan menyerupai pistol dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing terhadap suspek belum dapat dijalankan kerana dia masih menerima rawatan di hospital.

Shamsudin berkata, polis masih menyiasat punca suspek bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 kanun sama berkaitan pemanduan secara melulu atau berbahaya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Permohonan reman terhadap suspek dijadualkan dibuat di PPUM hari ini.

Terdahulu, beberapa rakaman video kejadian tular di media sosial, memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dengan sebuah kereta sebelum suspek meninggalkan kenderaan dan cuba melarikan diri di lebuh raya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut
October 6, 2026· Isu semasa
Polis buru suspek khianat Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat: Bernama
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
4 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
4 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok