Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut

October 6, 2026 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal siasatan berhubung dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap seorang penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata AGC akan meneliti laporan berkenaan bagi menentukan sama ada kertas siasatan yang disediakan polis sudah lengkap dan mempunyai asas mencukupi untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada mereka berpuas hati kertas siasatan itu sudah cukup lengkap.

“Jika tidak, besar kemungkinan Peguam Negara akan mengarahkan langkah diambil lagi bagi memastikan kertas itu betul-betul meyakinkan atau mempunyai asas kes yang cukup,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Saifuddin, siasatan bukan hanya tertumpu kepada dakwaan kekasaran dalam insiden berkenaan, malah turut meliputi kebocoran dan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata aspek kebocoran rakaman itu turut dimasukkan dalam skop siasatan bagi mengenal pasti punca serta bagaimana rakaman berkenaan boleh tersebar.

“Elemen kebocoran dan punca sebaran video itu juga adalah dalam senarai semak, selain rakaman percakapan dan bukti lain. Itu dalam tindakan pihak polis,” katanya.

Isu itu tercetus selepas satu rakaman video dipercayai dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tular di media sosial, memaparkan Mohd Shuhaily memarahi seorang individu.

Insiden berkenaan mencetuskan perhatian awam susulan kedudukan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS, agensi yang bertanggungjawab menyelaras kawalan serta keselamatan sempadan negara.

Sebelum ini, Mohd Shuhaily dilaporkan menyerahkan kepada kerajaan berhubung sebarang tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya susulan video berkenaan.

Beliau turut memaklumkan perkara itu sudah diketahui peringkat tertinggi kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), selain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung isu tersebut.

Berita berkaitan
Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP
October 10, 2026· Isu semasa
Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa
October 9, 2026· Isu semasa
Kes dadah 521kg di Laos: Empat individu ditahan dalam serbuan di Subang
October 7, 2026· Isu semasa
Teguran audit pulihkan RM920.91 juta wang kerajaan: Azalina
October 7, 2026· Uncategorized
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
5 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
5 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
5 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
5 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok