Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu

October 11, 2026 · Isu semasa

Seorang bekas pengetua sekolah di Kuantan mengalami kerugian lebih RM1.1 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata lelaki berusia 65 tahun itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu susulan 22 transaksi kewangan antara 21 Ogos hingga 7 Oktober lalu.

Menurutnya, transaksi berkenaan dilakukan secara dalam talian dan di beberapa kaunter bank di Pekan serta Kuantan.

Mangsa dipercayai menggunakan wang simpanan sendiri, menjual tanah dan membuat pinjaman bagi membiayai pelaburan yang ditawarkan.

“Pada 21 Jun lalu, lelaki terbabit melihat iklan pelaburan menerusi aplikasi TikTok menggunakan nama akaun Network 1 Agency Sdn Bhd.

“Mangsa kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen syarikat berkenaan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata, mangsa diberikan penerangan mengenai skim pelaburan itu, termasuk analisis pasaran kewangan, sebelum bersetuju menyertainya.

Mangsa kemudian diarahkan memindahkan wang ke enam akaun bank berbeza bagi tujuan pelaburan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas membuat semua pembayaran, mangsa diminta menambah wang atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Warga emas terbabit tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan sebelum mengesyaki dirinya menjadi mangsa penipuan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan,” katanya.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kes berkenaan menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial, khususnya skim yang menjanjikan keuntungan lumayan atau meminta bayaran tambahan secara berterusan.

Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan syarikat dan pihak yang menawarkan pelaburan sebelum menyerahkan wang atau membuat sebarang transaksi kewangan.

Berita berkaitan
Lelaki rugi RM12.47 juta, aset kripto lesap
October 10, 2026· Isu semasa
Kes rompak RM952,690: Mahkamah Tinggi ketepikan pembebasan tiga pegawai SPRM
October 9, 2026· Isu semasa
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026· Politik
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
October 11, 2026 · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
October 11, 2026 · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026 · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 11, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
October 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok