Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010

October 9, 2026 · Politik

Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, angka itu diperoleh berdasarkan maklumat daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan rekod kes jenayah di mahkamah.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai kes tertentu boleh dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menyimpan rekod berkaitan pendakwaan kes berkenaan.

Beliau menjelaskan, DNAA bukan bermaksud seseorang tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan secara muktamad, sebaliknya membuka ruang untuk pendakwaan diteruskan semula mengikut perkembangan kes.

“Bagi penjelasan, DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen.

Azalina berkata, mengambil kira kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa seperti kes sivil, individu yang diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun, tindakan itu bergantung pada keputusan pihak pendakwaan berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes berkenaan.

“Prosedur berkenaan akan dilaksanakan jika pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes,” katanya.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta penjelasan mengenai jumlah kes pertuduhan jenayah membabitkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang diberikan DNAA.

DNAA atau Discharge Not Amounting to Acquittal merupakan keputusan mahkamah yang melepaskan seseorang tertuduh tanpa membebaskannya secara muktamad daripada pertuduhan.

Keputusan itu berbeza daripada pelepasan dan pembebasan (DAA), yang membebaskan tertuduh daripada pertuduhan berkenaan. Dalam kes DNAA, kemungkinan pendakwaan semula masih wujud tertakluk kepada undang-undang dan keputusan pihak pendakwaan.

Pemberian DNAA tidak dengan sendirinya membuktikan seseorang tertuduh bersalah atau tidak bersalah, sebaliknya status kes bergantung pada keputusan mahkamah serta tindakan lanjut pihak pendakwaan.

Berita berkaitan
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
2 jam lalu· Isu semasa
Kes rompak RM952,690: Mahkamah Tinggi ketepikan pembebasan tiga pegawai SPRM
October 9, 2026· Isu semasa
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
18 jam lalu · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
18 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
23 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok