Hutang baharu tahunan kerajaan berjaya diturunkan: PMX

July 21, 2025 · Isu semasa

Kerajaan berjaya menurunkan hutang baharu tahunan kepada RM77 bilion pada 2024 daripada RM99 bilion pada 2022, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan pentadbirannya fokus dalam pengurusan fiskal yang lebih berhemat dan ia terbukti apabila hutang baharu pada 2022 berjaya dikurangkan seperti yang dijanjikan, namun malangnya terdapat pihak yang membuat dakwaan kononnya kerajaan gagal turunkan hutang.

“Hutang baharu yang kerajaan buat (adalah) RM99 bilion pada 2022, turun kepada RM93 bilion pada 2023 dan pada 2024, jumlahnya adalah RM77 bilion… kuranglah tu.

“Mereka kata jumlah (hutang) keseluruhan yang lebih, masuk (sekali) dengan hutang lama dan bunga yang kita kena bayar tetapi saya kata kerajaan janji untuk kurangkan hutang baharu, itu kita sudah tunaikan.

“Bagaimanapun, yang disebar sana sini, kita tambah (hutang), jadi seolah-olah kita menipu rakyat. Kalau lihat pada angka ini, siapa yang menipu?” soalnya ketika berucap pada majlis perjumpaan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen kerajaan adalah mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat dan bertanggungjawab tanpa menjejaskan pembangunan negara.

Beliau berkata, pendekatan kerajaan ialah mengurangkan defisit fiskal negara daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024, dengan sasaran 3.8 peratus bagi tahun ini.

Beliau menjelaskan kerajaan memilih pendekatan secara berperingkat agar pengurangan defisit tidak mengorbankan keperluan pembangunan dan keyakinan pasaran.

Anwar berkata, langkah itu selari dengan prinsip ekonomi yang menekankan disiplin kewangan dalam pengurusan ekonomi sesebuah entiti termasuk negara.

“Kita ambil alih pada 2022, defisit fiskal ketika itu 5.5 peratus. Apa itu defisit? Ia bermaksud perbelanjaan melebihi pendapatan negara, maknanya kita berhutang.

“Kita urus ekonomi negara macam ekonomi rumah tangga. Kalau pendapatan RM5,000 tetapi belanja RM7,000, itu defisit. Oleh itu, sekarang kita turunkan belanja kepada RM6,500, RM6,000, RM5,500 dan kalau turun mendadak, nanti (pembangunan) tidak boleh bergerak,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memuji hasil kerja pasukan perkhidmatan awam yang melaksanakan tanggungjawab sehingga Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD 2025, iaitu ke-23 berbanding 2024 (ke-34), didorong oleh peningkatan prestasi ekonomi dan kecekapan pentadbiran.

Jun lalu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam indeks terbabit adalah pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.

Selain itu, Anwar berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan Misi Artikel IV bagi 2025 memuji komitmen Malaysia dalam melaksanakan reformasi fiskal termasuk Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA).

“Apa maksudnya? Maksudnya Menteri Kewangan menyerahkan sebahagian kuasanya kepada Parlimen untuk menilai sekiranya tidak memenuhi sasaran. Kita lakukan begitu,” kata beliau.

Berita berkaitan
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
5 jam lalu· Isu semasa
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.3 peratus pada suku pertama 2026
5 jam lalu· Isu semasa
Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX
5 jam lalu· Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
20 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
5 jam lalu · Isu semasa
Inflasi Malaysia naik 1.7 peratus pada Mac: DOSM
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
10 jam lalu · Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
20 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
April 16, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok