Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat

April 16, 2026 · Isu semasa

Harga beras di Asia melonjak ke paras tertinggi dalam lebih dua tahun apabila kebimbangan terhadap bekalan semakin meningkat susulan konflik melibatkan Iran yang menekan kos bahan api dan baja.

Harga beras putih Thailand, yang menjadi penanda aras serantau, dilaporkan meningkat sekitar 10 peratus kepada AS$423 satu tan bagi minggu berakhir 8 April.

Kenaikan ini merupakan yang terbesar sejak Ogos 2023, sekali gus menamatkan trend penurunan harga yang berlarutan sebelum ini.

Pemerhati pasaran berkata lonjakan tersebut berpunca daripada peningkatan kos pengeluaran yang kini mula dirasai di peringkat ladang.

“Kesan kenaikan harga input seperti baja dan bahan api akhirnya sampai ke pasaran. Ia memberi tekanan kepada pengeluaran dan bekalan,” kata seorang penganalisis industri.

Thailand, yang merupakan antara pengeksport beras utama dunia berdasarkan data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kini berdepan cabaran berganda.

Selain kos yang meningkat, musim kering yang panjang turut menjejaskan hasil tuaian, sekali gus mengehadkan bekalan semasa.

Keadaan ini menyebabkan sebahagian pesawah memilih untuk menangguhkan penanaman padi kerana pulangan tidak lagi mampu menampung kos operasi.

Pada masa sama, pengukuhan nilai mata wang baht serta peningkatan kos penghantaran dan insurans akibat ketegangan di Asia Barat turut menyumbang kepada kenaikan harga.

Secara tradisi, harga beras global sangat sensitif terhadap gangguan bekalan dan kos logistik kerana ia merupakan makanan ruji bagi lebih separuh populasi dunia, khususnya di Asia.

Sebarang perubahan kecil dalam rantaian bekalan boleh memberi kesan besar kepada harga dan keselamatan makanan.

Berita berkaitan
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter mulai esok: Bernama
October 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
November 2, 2026 · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
5 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok