Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memilih untuk tidak mengulas lanjut insiden dirinya ditempelak secara terbuka oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selepas solat Jumaat minggu lalu.
Ismail sebaliknya memberikan jawapan ringkas ketika ditanya mengenai kejadian itu.
“Saya okey saja. Tiada apa nak komen pun,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Insiden itu menjadi perhatian selepas beberapa video memaparkan pertembungan antara Tuanku Muhriz dengan Ismail tular di media sosial.
Dalam rakaman berkenaan, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan jemaah mengenai surat yang didakwa dihantar oleh Ismail kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan kononnya baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Baginda kemudian menegur Ismail yang turut berada di situ, selain menyatakan keengganan untuk berjumpa dengannya dan mempersoalkan tujuan Menteri Besar itu mahu menghadap baginda.
Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan secara terbuka ketika kejadian, sebaliknya hanya mengangkat sembah sebagai tanda hormat kepada Tuanku Muhriz.
Peristiwa itu berlaku ketika Negeri Sembilan masih berdepan kemelut berkaitan kedudukan institusi Yang Dipertuan Besar yang tercetus sejak April lalu.
Krisis berkenaan bermula apabila empat individu yang mendakwa mewakili Undang mengumumkan kononnya Tuanku Muhriz telah dilucutkan daripada takhta, selain mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah baharu negeri itu.
Ismail kemudiannya memperakui kenyataan seorang anggota Exco yang didakwa mengesahkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz.
Susulan perkembangan itu, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan seluruh barisan Exco kerajaan negeri berkenaan.
Kemelut tersebut mencetuskan perhatian terhadap kedudukan institusi diraja, peranan Undang dan kepentingan mematuhi tatacara serta peruntukan Perlembagaan Negeri Sembilan dalam menentukan kedudukan Yang Dipertuan Besar.
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum