MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas

October 21, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat kandungan Facebook yang dimuat naik melalui akaun “Che GuBard” kerana disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan berkenaan menyentuh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta kerabat diraja negeri itu.

Susulan siasatan berkenaan, individu yang dipercayai mengendalikan akaun terbabit hadir ke Balai Polis Cyberjaya pada 21 Oktober bagi membantu siasatan.

“Rakaman percakapan telah dijalankan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan MCMC.

Pihak berkuasa turut menyita sebuah telefon bimbit bersama satu kad SIM bagi membantu proses siasatan.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform dalam talian yang berpotensi mencetuskan kebencian, penghinaan atau rasa tidak hormat terhadap institusi diraja.

Menurut suruhanjaya itu, kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan selaras dengan undang-undang negara.

“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan dan proses perundangan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, termasuk komunikasi dalam talian yang memenuhi unsur kesalahan di bawah peruntukan berkenaan.

Siasatan masih berjalan dan belum ada keputusan muktamad mengenai dakwaan terhadap individu terbabit.

Berita berkaitan
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
October 22, 2026· Isu semasa
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
9 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
12 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok