RoS batalkan pendaftaran PN, PAS perlu jawab kemelut dalaman gabungan

October 20, 2026 · Politik

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal alasan pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

RoS dalam kenyataannya memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), selepas meneliti keseluruhan dokumen dan representasi yang dikemukakan PN pada 12 Oktober lalu.

Menurut jabatan itu, notis bertarikh 22 September lalu dikeluarkan kepada PN di bawah subseksyen 13(2) akta sama bagi memberi peluang kepada gabungan berkenaan mengemukakan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan.

“Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, Pendaftar Pertubuhan mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran sebagaimana dinyatakan dalam notis berkenaan.

“Ia juga tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Antara alasan pembatalan yang dinyatakan dalam notis berkenaan ialah dakwaan pelanggaran Fasal 7.1 Perlembagaan PN apabila gabungan itu didapati menafikan hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026.

Notis itu turut menyatakan Pendaftar Pertubuhan sudah mempertimbangkan perkara berkenaan serta alasan yang dikemukakan pemegang jawatan PN, namun mendapati penjelasan terbabit tidak memberikan sebab yang memuaskan untuk mengekalkan pendaftaran gabungan itu.

Sehubungan itu, RoS memutuskan pendaftaran PN dibatalkan berkuat kuasa mulai tarikh perintah berkenaan.

Keputusan itu memberi implikasi besar terhadap kedudukan PN sebagai gabungan politik berdaftar, selain berpotensi mencetuskan perkembangan baharu dalam hubungan antara parti-parti komponennya.

PN sebelum ini berdepan isu berkaitan pematuhan perlembagaan parti dan pengurusan dalaman gabungan, termasuk hubungan antara Bersatu dengan kepimpinan PN.

Bagaimanapun, perkembangan seterusnya termasuk sebarang tindakan PN untuk mencabar keputusan RoS perlu ditunggu bagi menentukan hala tuju gabungan itu dalam landskap politik negara.

Kemelut berkenaan memperlihatkan masalah pengurusan dalaman PN apabila hak Bersatu untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi pada 16 Julai 2026 menjadi antara asas yang dinyatakan dalam notis pembatalan.

Sebagai rakan utama Bersatu dalam PN, PAS tidak boleh mengelak daripada menjelaskan pendiriannya berhubung krisis tersebut, terutama apabila pertikaian dalaman gabungan kini membawa implikasi terhadap status pendaftarannya.

Berita berkaitan
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
22 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
22 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
October 22, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
2 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
14 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
22 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok