Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka

12 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan bertanding maksimum 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang mempunyai peluang kemenangan lebih tinggi.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi gabungan itu akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH esok sebelum diumumkan pada Sabtu.

Beliau berkata, PH tidak bercadang untuk bertanding di semua kerusi seperti pendekatan yang digunakan di Johor dan Negeri Sembilan, sebaliknya memilih strategi lebih bersasar berdasarkan kekuatan jentera, kemampuan calon dan penerimaan pengundi.

“Saya tak fikir PH akan bertanding semua kerusi. Daripada awal kita sudah tahu kita tidak akan bertanding 28 kerusi, sebaliknya memberi tumpuan pada kerusi yang kita ada kekuatan berdasarkan tiga faktor tadi,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, pendekatan itu dilihat lebih strategik bagi meningkatkan peluang PH memenangi lebih banyak kerusi dalam PRN berkenaan.

Menurutnya, penilaian terhadap kekuatan jentera parti, kesesuaian calon dan sokongan pengundi menjadi pertimbangan utama sebelum gabungan itu memuktamadkan kawasan yang akan ditandingi.

“Kita rasa strategi itu lebih baik. Kalau kita lihat di Johor dan Negeri Sembilan, kita bertanding solo pada keseluruhan kerusi, namun di Melaka kita ambil langkah strategik,” katanya.

Mengulas dakwaan PH mungkin memberi laluan kepada Bersatu di beberapa kawasan, Adly menegaskan fokus gabungan itu ketika ini adalah untuk menghadapi PRN Melaka secara bersendirian.

Beliau berkata, tiada rundingan kerjasama politik dibuat di peringkat negeri, sebaliknya perbincangan tertumpu kepada penentuan kerusi yang akan ditandingi PH.

“Selalunya orang akan melihat kalau ada kerjasama politik, tiada pertembungan. Namun fokus kita adalah bagaimana kita boleh memberikan tumpuan pada kerusi yang ingin ditandingi,” katanya.

PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Persaingan di Melaka dijangka menyaksikan parti-parti politik menyusun strategi berdasarkan kekuatan kawasan masing-masing, termasuk menentukan calon dan pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Fuziah: Rundingan kerusi PH selesai, kerjasama belum muktamad
October 18, 2026· Politik
Ahmad Maslan ingatkan BN jangan terlalu yakin di Melaka
October 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok