Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara

1 jam lalu · Isu semasa

Kerajaan berkemungkinan mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia sekiranya aplikasi alternatif tempatan mampu menawarkan keupayaan dan prestasi yang lebih baik pada masa depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, larangan penggunaan Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi.

Beliau berkata, kerajaan akan menilai kemampuan aplikasi navigasi tempatan sebelum mempertimbangkan langkah lebih tegas terhadap penggunaan Waze secara menyeluruh.

“Ada perancangan haramkan Waze? Itu kita kena belajar apa dia alternatif dia. Kalau dah esok kita tengok keupayaan kita (aplikasi tempatan) cukup baik, maka kita mungkin kemungkinan untuk mengharamkan sama sekali,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, hari ini.

Menurut Anwar, kelemahan aplikasi tempatan ketika ini, termasuk dari segi kecekapan dan prestasi, perlu ditangani menerusi usaha penambahbaikan berterusan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan kerajaan mengehadkan penggunaan Waze bukan isu kontroversi, sebaliknya berkait rapat dengan aspek keselamatan negara.

“Kontroversinya kerana lembapnya alternatif (aplikasi TuJu), saya setuju tetapi keputusan kita bukan kontroversi, tapi ini soal keselamatan negara,” katanya.

Anwar turut menyatakan keyakinan terhadap usaha pihak berkaitan untuk meningkatkan keupayaan aplikasi navigasi tempatan supaya dapat memenuhi keperluan pengguna.

Beliau berkata, Menteri Digital Gobind Singh Deo, sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu di Parlimen pada Khamis.

“Jadi sekarang, Menteri pun dah jelaskan di Parlimen, guna apa sahaja yang lain yang berpangkalan di Malaysia.

“Walaupun tidak canggih, tidak apalah, kita baiki. Lebih baik selamat daripada serahkan maklumat kerahsiaan negeri, peribadi saudara, dan negara, kepada Israel. Itu yang penting difahami,” katanya.

Isu penggunaan Waze timbul susulan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi alternatif yang berpangkalan di Malaysia ketika menjalankan tugas rasmi.

Langkah itu dikaitkan dengan kebimbangan terhadap keselamatan data dan maklumat sensitif, selain usaha memperkukuh penggunaan teknologi tempatan.

Aplikasi TuJu antara alternatif navigasi tempatan yang diketengahkan, namun prestasi dan keupayaannya masih menjadi perhatian pengguna.

Kerajaan dijangka terus menilai perkembangan aplikasi berkenaan sebelum membuat keputusan mengenai kemungkinan peluasan larangan penggunaan Waze kepada orang awam.

Berita berkaitan
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
1 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
6 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
6 jam lalu· Politik
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026 · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
6 jam lalu · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok