Pengumuman PMX beri kelegaan kepada rakyat, pacu ekonomi negara: Fahmi

July 23, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menyifatkan pengumuman penghargaan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini akan memberi manfaat besar kepada segenap lapisan masyarakat dan dijangka memacu ekonomi negara ke arah lebih mampan.

Menteri Komunikasi menzahirkan penghargaan kepada Anwar atas keprihatinan dengan mengumumkan bantuan-bantuan yang dapat memberi kelegaan kepada rakyat, disamping meringankan beban kos sara hidup ketika ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas pengumuman langkah-langkah Kerajaan MADANI yang memberikan kelegaan kepada rakyat, serta memacu kestabilan ekonomi negara.

“Pengumuman ini membuktikan kepekaan Kerajaan Madani terhadap denyut nadi rakyat, serta komitmen untuk meringankan beban melalui pelbagai bentuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Ujarnya lagi, kerajaan akan memberi keutamaan kepada keselesaan rakyat dalam setiap keputusan yang diumumkan tetapi pada masa sama menyeimbangkan kedudukan kewangan negara.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Madani akan terus berusaha menyeimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

“Langkah yang diambil ialah hasil pertimbangan teliti dan berlandaskan prinsip keadilan sosial serta kemampanan ekonomi,” ujarnya.

Fahmi berkata pengumuman insentif dan bantuan yang diumumkan Anwar juga bakal memberi kelegaan kepada rakyat.

“Pendekatan yang diumumkan ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, memberikan kelegaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan daya tahan fiskal negara dalam menghadapi ketidaktentuan global,” katanya lagi.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan akan memperluaskan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sebelum ini dinikmati isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih kini diperluaskan kepada semua rakyat.

Setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 ringgit secara one-off melalui MyKad menerusi SARA.

Selain itu, harga petrol RON95 juga akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak.

Kerajaan juga bersetuju menangguh kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama dengan kos ditanggung kerajaan lebih RM500 juta.

Berita berkaitan
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
10 jam lalu· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
7 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
10 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
14 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
16 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok