Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan

November 3, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Bloomberg News dan mana-mana pihak daripada menerbitkan atau menyebarkan kenyataan serta dakwaan berunsur fitnah terhadap ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Perintah itu diberikan Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin, susulan prosiding undang-undang yang dimulakan Farhash terhadap Bloomberg News dan anak syarikatnya di Malaysia berhubung ancaman penerbitan sebuah artikel yang didakwa mengandungi kenyataan palsu, tidak berasas dan mencemarkan reputasinya.

Menurut kenyataan firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co. yang mewakili Farhash, anak guam mereka sebelum ini menerima komunikasi daripada Bloomberg News atau wakilnya mengenai hasrat untuk menerbitkan artikel yang didakwa mengandungi kenyataan serta gambaran negatif terhadap dirinya.

“Susulan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Kan Weng Hin telah memberikan perintah injunksi bagi menghalang Bloomberg News dan semua pihak daripada menerbitkan, menerbitkan semula, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan dan/atau gambaran berunsur fitnah yang dikenal pasti dalam prosiding tersebut,” menurut kenyataan itu.

Perintah berkenaan turut meliputi kenyataan lain yang mempunyai sifat serupa berkaitan Farhash.

Beliau diwakili peguam, Aswath Ramakrishnan dan Nur Irdina Syahirah Mohammad Wardi dalam prosiding berkenaan.

Dalam pada itu, firma guaman terbabit memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk mengulas secara terbuka atau membincangkan merit kes berkenaan menerusi media kerana perkara itu masih berada di hadapan mahkamah.

“Anak guam kami kekal komited untuk melindungi reputasi serta mempertahankan haknya melalui saluran perundangan yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Perintah injunksi merupakan satu bentuk perintah mahkamah yang boleh digunakan untuk menghalang sesuatu pihak daripada melakukan tindakan tertentu sementara proses undang-undang berjalan.

Dalam kes ini, tindakan berkenaan dibuat susulan kebimbangan terhadap penerbitan artikel yang didakwa boleh menjejaskan reputasi Farhash. Bagaimanapun, merit dakwaan berkenaan masih tertakluk kepada proses mahkamah.

Berita berkaitan
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
2 jam lalu· Politik
Kes hasutan Muhyiddin: Perbicaraan ditangguh, representasi baharu dikemuka
5 jam lalu· Politik
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
November 3, 2026 · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
November 3, 2026 · Isu semasa
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok