Tarikh sidang DUN Negeri Sembilan belum dapat perkenan: Ismail Lasim

6 jam lalu · Politik

Tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 26 November ini masih belum mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Ismail Lasim berkata kerajaan negeri masih berusaha mendapatkan perkenan baginda berhubung tarikh persidangan berkenaan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, kalau Allah izinkan,” katanya dipetik laporan media.

Ditanya mengenai kemungkinan timbul masalah sekiranya tarikh berkenaan tidak mendapat perkenan, Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau turut mengambil pendekatan sama apabila ditanya mengenai laporan kemelut pentadbiran kerajaan negeri yang dikatakan berlarutan lebih dua bulan dan kini hampir menemui penyelesaian.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan kemelut membabitkan pihak istana dan pentadbiran kerajaan negeri dijangka berakhir dalam masa terdekat susulan persetujuan secara dasar antara pihak berkaitan.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan perhatian terhadap kedudukan pentadbiran Negeri Sembilan, terutama menjelang pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 yang dijadualkan pada 27 November ini.

Ismail sebelum ini menafikan khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan Menteri Besar, sebaliknya menegaskan masih mendapat sokongan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri yang lain.

Beliau turut menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar, termasuk pembentangan belanjawan mengikut jadual.

Persidangan DUN kali ini dilihat penting bukan sahaja bagi membincangkan hala tuju kewangan negeri untuk tahun depan, malah menjadi perhatian susulan ketidaktentuan politik dan pentadbiran yang melanda Negeri Sembilan sejak beberapa bulan lalu.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH gesa SPR siasat dakwaan sogokan bakul makanan di DUN Rim
November 3, 2026· Politik
Ibu sokong BN, anak bertanding tiket PH: Kasih sayang tetap utuh
October 31, 2026· Politik
PRN Melaka: PH tampil Mohd Yunazri cabar Ab Rauf di Tanjung Bidara
October 31, 2026· Politik
PRN Melaka: Calon wanita muda PH berdepan saingan empat penjuru di Klebang
October 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zaliha cabar PAS bahas kandungan CSA, bukan main sentimen agama
November 4, 2026 · Politik
CSA bukan Dajal ketika PAS berkuasa, Mahfuz bidas Hadi
3 jam lalu · Politik
Ibu Nizar Najib kritikal, mohon doa orang ramai
3 jam lalu · Politik
PAS dulu terima MoU, sekarang CSA pula dikaitkan dengan Dajal: Kamil
3 jam lalu · Politik
CSA: Azalina tegur Hadi, istilah Dajal keterlaluan
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok