PRN Melaka: PH gesa SPR siasat dakwaan sogokan bakul makanan di DUN Rim

2 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan sogokan menerusi pengagihan bakul makanan sempena sambutan Deepavali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, siasatan perlu dilakukan secara telus dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua keterangan pihak terlibat serta bukti berkaitan diteliti.

Menurutnya, tindakan pantas penting bagi mengelakkan timbul keraguan dalam kalangan rakyat terhadap integriti dan ketelusan proses pilihan raya.

“Dakwaan ini mesti disiasat dengan pantas dan telus bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya.

“Siasatan perlu menentukan sama ada pengagihan tersebut mempunyai unsur mempengaruhi undi, dan tindakan tegas hendaklah diambil jika kesalahan dibuktikan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, hari ini.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rim, Khaidirah Abu Zahar berhubung dakwaan menggunakan premis serta jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.

Laporan berkenaan dikemukakan wakil PH di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Adly turut menyokong desakan PKR supaya Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memberikan penjelasan berhubung perkembangan 55 projek pembangunan negeri yang dilaporkan masih belum dimulakan setakat Jun 2025.

Beliau berkata, selepas hampir 17 bulan, kerajaan negeri perlu menjelaskan status terkini projek berkenaan, termasuk jumlah yang sudah dimulakan, disiapkan atau masih tertangguh.

Katanya, senarai lengkap projek perlu didedahkan kepada umum dengan menyatakan lokasi, nilai peruntukan, agensi pelaksana dan sasaran tarikh penyiapan.

“Rakyat berhak tahu ke mana wang dibelanjakan, apa hasilnya dan bila kemudahan yang dijanjikan boleh digunakan,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan sebarang kekangan pelaksanaan, termasuk masalah teknikal, pengambilan tanah, kontraktor atau penyaluran dana, berserta langkah penyelesaian dan jadual pelaksanaan.

Menurut Adly, ketelusan dalam perbelanjaan pembangunan penting bagi memastikan rakyat dapat menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Calon Gen-Z PH anggap kecaman sebagai lumrah politik
2 jam lalu· Politik
Kewangan Melaka makin tertekan, belanja negeri naik tiga kali ganda: Rafizi
4 jam lalu· Politik
Calon Ketua Menteri? Adly mahu fokus PRN dahulu
22 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sahut cabaran debat MCA di empat DUN
November 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
November 3, 2026 · Politik
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
November 3, 2026 · Politik
Kes hasutan Muhyiddin: Perbicaraan ditangguh, representasi baharu dikemuka
2 jam lalu · Politik
MP DAP persoal AGC berhubung status laporan terhadap MB Negeri Sembilan
November 2, 2026 · Politik
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
November 2, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok