CSA: Azalina tegur Hadi, istilah Dajal keterlaluan

2 jam lalu · Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menyifatkan penggunaan istilah Dajjal oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi menggambarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebagai keterlaluan.

Beliau berkata, terdapat banyak pilihan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara tanpa menggunakan istilah yang boleh mencetuskan tafsiran ekstrem.

“Kalau dia memanggil Dajjal, saya rasa dialah kena berikan sebabnya. Saya tak boleh komen kerana saya bukan pakar agama.

“Kalau saya tak suka, banyak lagi perkataan saya boleh pakai kalau tak suka, tapi janganlah sampai ekstrem,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pembaharuan Insolvensi Asia 2026 di W Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Azalina turut mempersoalkan penggunaan istilah berkenaan dengan merujuk kepada pengertian Dajjal dalam konteks kepercayaan Islam.

“Saya tengok definisi Dajjal itu adalah tanda yang turun masa nak kiamat. Adakah dia tahu bila kiamat nak berlaku?” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan menyifatkan pemeteraian CSA sebagai satu pendekatan Dajjal kerana didakwa mengkhianati amanah rakyat.

Beliau turut menegaskan hasil negara sepatutnya menjadi hak rakyat, sama ada diperoleh secara langsung atau tidak langsung.

Kontroversi itu tercetus selepas Kerajaan MADANI memeterai CSA dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas pada minggu lalu bagi memastikan sokongan terhadap pentadbiran kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.

Mereka terdiri daripada enam Ahli Parlimen mewakili Bersatu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada MUDA serta enam Ahli Parlimen Bebas.

Melalui perjanjian itu, kesemua mereka bersetuju menyokong kerajaan dalam undian penting di Parlimen, termasuk berkaitan Belanjawan 2027.

Dalam perkembangan sama, Azalina ketika ditanya mengenai dakwaan setiap Ahli Parlimen yang menandatangani CSA akan menerima peruntukan RM3 juta setahun seperti wakil rakyat kerajaan, berkata beliau dimaklumkan perkara itu turut terpakai kepada mereka.

“Saya tidak tahu lanjut, cuma saksi sahaja tetapi dimaklumkan kononnya sama dengan wakil rakyat kerajaan. Itu saya dimaklumkan tetapi perbincangan hanya dilakukan sesama mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Zaliha cabar PAS bahas kandungan CSA, bukan main sentimen agama
November 4, 2026· Politik
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
November 4, 2026· Isu semasa
CSA bukan Dajal ketika PAS berkuasa, Mahfuz bidas Hadi
2 jam lalu· Politik
PAS dulu terima MoU, sekarang CSA pula dikaitkan dengan Dajal: Kamil
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ibu Nizar Najib kritikal, mohon doa orang ramai
2 jam lalu · Politik
Asyraf Wajdi: Belum cukup dana untuk bayar denda Najib
4 jam lalu · Politik
Adly bidas Hadi: Buktikan jika CSA jejaskan rakyat seperti didakwa PAS
4 jam lalu · Politik
Tarikh sidang DUN Negeri Sembilan belum dapat perkenan: Ismail Lasim
6 jam lalu · Politik
Spekulasi bayaran RM50 juta, peguam Najib tampil beri penjelasan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok