IGP beri jaminan polis pastikan perhimpunan esok berjalan lancar

July 25, 2025 · Politik

Pihak polis akan mengambil langkah menjaga keselamatan orang ramai yang hadir pada perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Merdeka.

Jaminan tersebut diberikan Ketua Polis Negara (IGP), Mohd Khalid Ismail yang memberi komitmen pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib selaras dengan nilai-nilai demokrasi negara.

“PDRM komited memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat, dan menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.

“Segala bentuk kerjasama daripada semua pihak amat dihargai agar suasana harmoni dapat dikekalkan sepanjang tempoh perhimpunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan para peserta supaya sentiasa peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada serta bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan di kawasan sekitar.

“Adalah menjadi harapan kami agar setiap suara yang dizahirkan dapat disampaikan dalam suasana yang saling menghormati dan berlandaskan nilai kesopanan serta adab masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Bagi masyarakat yang tidak terlibat secara langsung, Mohd Khalid menyarankan agar orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menyemak maklumat trafik semasa bagi mengelakkan kesulitan atau kelewatan, memandangkan aliran trafik dijangka mengalami sedikit perubahan sepanjang perhimpunan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan PDRM akan terus memastikan keselamatan awam terpelihara tanpa menafikan hak kebebasan rakyat.

“Kami percaya bahawa perimbangan antara hak demokrasi dan pemeliharaan undang-undang boleh dicapai melalui kerjasama erat serta rasa tanggungjawab bersama,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
14 jam lalu· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Dakwa terbabit pengubahan wang haram, suri rumah rugi RM472,000
October 20, 2026· Isu semasa
Polis: Dakwaan edar dadah dekat IPD Sentul kes lama pada 2016
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
12 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
14 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
19 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
20 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok