Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama

October 25, 2026 · Politik

PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukan agama, justeru sokongan terhadap parti itu tidak boleh dianggap sebagai satu kewajipan bagi umat Islam, kata Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin PAS kebelakangan ini yang menggambarkan sokongan terhadap parti itu sebagai tuntutan agama perlu diperbetulkan supaya rakyat tidak terkeliru antara perjuangan politik dengan prinsip Islam.

Menurutnya, PAS merupakan sebuah organisasi politik berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan tidak semua pendirian atau kenyataan parti itu mencerminkan prinsip Islam.

“PAS adalah sebuah organisasi; sebuah parti politik. Ia bukan agama. Dan tidak semua yang parti itu sebut adalah prinsip Islam, sebahagiannya malah tidak selari, bahkan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan media.

Aziz berkata, kedudukan Islam di Malaysia bukan hak eksklusif PAS kerana terdapat parti politik lain yang turut komited mempertahankan Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menyebut DAP sebagai antara parti yang menyatakan komitmen menjunjung kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara.

Katanya, pelbagai institusi dan dasar berkaitan Islam seperti Tabung Haji, universiti Islam, sistem kewangan Islam serta pemerkasaan mahkamah syariah bukan legasi PAS semata-mata.

Malah, beliau mendakwa PAS gagal membawa Rang Undang-Undang (RUU) 355 berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah ke Parlimen, meskipun pernah terlibat dalam kerajaan Persekutuan pada 1974 hingga 1977 dan 2020 hingga 2022.

Aziz turut mempersoalkan perkembangan perjuangan PAS berkaitan konsep Negara Islam dan pelaksanaan hudud yang menurutnya semakin tidak kedengaran.

Beliau juga mengkritik dakwaan sesetengah pemimpin PAS yang mengaitkan sokongan terhadap parti itu dengan jaminan syurga, kasih terhadap Islam serta keberkatan sesebuah negeri.

“Rakyat perlu tahu rekod dan prestasi PAS,” katanya sambil merujuk laporan mengenai kerugian yang ditanggung sebahagian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu sebagai bukti kelemahan pentadbiran parti itu.

Sebaliknya, Aziz berkata pencapaian Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, perlu dijadikan asas untuk meneruskan sokongan terhadap kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.

Beliau mendakwa kedudukan umat Islam, prestasi ekonomi serta pembangunan Sabah dan Sarawak menunjukkan perkembangan yang menggalakkan di bawah pentadbiran semasa.

Bagaimanapun, Aziz mengakui kerajaan tidak sempurna, namun berkata cabaran geopolitik dan ekonomi semasa menjadikan usaha mentadbir negara semakin kompleks.

“PAS dan rakannya telah diberi peluang sebelum ini dan mereka terbukti gagal,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
October 25, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
15 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
15 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok