Datang ke perhimpunan esok dan tunjuk protes terhadap kerajaan: Muhyiddin

July 25, 2025 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang didakwa bukan sahaja gagal memenuhi janji reformasi, malah mengugut dan mendakwa rakyat yang berani membangkang.

Dalam kenyataan, bekas perdana menteri itu menyifatkan keadaan semasa sebagai “pencabulan hak asasi rakyat” ekoran semakin ramai individu biasa disiasat dan didakwa hanya kerana mengkritik kerajaan.

“Janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli.

“Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin menyifatkan pengumuman bantuan RM100 dan potongan kecil harga petrol RON95 sebagai “tindakan panik” kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat.

“Ini bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.

“Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dipulangkan hanyalah sedikit. Ia sudah terlambat,” tegas Ahli Parlimen Pagoh itu.

Justeru Muhyiddin menyeru esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang menindas rakyat.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya memohon pihak polis supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Saya juga meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang,” katanya.

Muhyiddin bagaimanapun meminta orang ramai yang hadir ke perhimpunan esok agar berkelakuan baik dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.

“Jangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam. Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.

“Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya. Saya dan rakan-rakan pimpinan PN akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok. Ayuh, kita turun beramai-ramai esok! seru beliau.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
September 12, 2026· Politik
Kerajaan setuju tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: PMX
September 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
12 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
13 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
13 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
20 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok