Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar

September 21, 2026 · Politik

Ahli PAS diseru mengutamakan tanggungjawab kepada parti termasuk menyumbang kepada dana pembinaan kompleks PAS Pusat berhampiran Putrajaya sebelum mempertimbangkan sumbangan kepada Tabung Solidariti Najib Razak.

Bendahari Agung PAS, Iskandar Samad, berkata pembinaan kompleks berkenaan memerlukan dana kira-kira RM50 juta dan sumbangan ahli amat diperlukan bagi merealisasikan projek itu.

Menurutnya, ahli PAS juga perlu memberi perhatian kepada program Infaq Istiqamah serta membantu PAS di peringkat kawasan dan cawangan masing-masing.

“Sebagai bendahari agung PAS sudah tentu saya mahu ahli-ahli PAS mendahulukan tanggungjawab hakiki mereka.

“Antaranya menyumbang untuk dana membina kompleks PAS pusat yang akan dibina berhampiran Putrajaya,” katanya dipetik laporan FMT.

Iskandar berkata, keutamaan itu bukan bermaksud menghalang ahli PAS daripada menyumbang kepada mana-mana tabung lain, sebaliknya setiap ahli mempunyai kebebasan menentukan bentuk sumbangan masing-masing.

“Saya tidak mahu membebankan lagi ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan turut menyumbang kepada tabung yang dilancarkan UMNO bagi membantu Najib Razak membayar denda RM50 juta.

Pada 19 September lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti menyerahkan kepada ahli untuk menentukan sama ada mahu menyumbang kepada tabung solidariti berkenaan.

Beliau turut menyatakan keyakinan jumlah RM50 juta itu mampu dikumpulkan bagi membantu Najib memenuhi syarat berkaitan baki hukuman yang perlu dijalaninya.

Mengulas sama ada ahli PAS wajar menyumbang kepada tabung berkenaan, Iskandar berkata keputusan itu terserah kepada setiap individu.

Namun, beliau berpandangan UMNO mempunyai jumlah ahli dan penyokong yang mencukupi untuk mengumpulkan dana diperlukan.

“Saya yakin ahli-ahli UMNO cukup ramai untuk menyumbang kepada kos tersebut,” katanya.

Tabung Solidariti Najib dilancarkan UMNO susulan keputusan berkaitan baki hukuman Najib yang membabitkan denda RM50 juta.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
September 21, 2026· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
September 21, 2026· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
3 jam lalu· Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
September 21, 2026 · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
3 jam lalu · Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
3 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
5 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok