PMX kecam serangan terhadap anggota polis di Kepong

November 12, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam insiden serangan menggunakan parang terhadap seorang anggota polis sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus dalam kejadian di Kepong, petang Rabu.

Anwar menegaskan sebarang bentuk jenayah dan keganasan, khususnya terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku tanpa mengira latar belakang mereka bagi memastikan kedaulatan undang-undang terus dipertahankan.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam hantaran sama, Anwar turut mendoakan anggota polis terbabit diberikan kesembuhan segera selepas mengalami kecederaan serius dalam serangan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar memaklumkan anggota polis itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian berkenaan mencetuskan perhatian apabila anggota polis yang sedang menjalankan tugas diserang seorang lelaki warga asing menggunakan senjata tajam.

Insiden itu sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai keselamatan anggota penguat kuasa ketika berhadapan dengan penjenayah, khususnya ketika menjalankan operasi dan tugas penguatkuasaan di lapangan.

Berita berkaitan
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu· Isu semasa
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
15 jam lalu· Politik
Reformasi Parlimen Malaysia perkukuh kebebasan badan perundangan: PMX
November 15, 2026· Isu semasa
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
8 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
11 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
12 jam lalu · Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
11 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok