21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot

November 14, 2026 · Politik

Seramai 15 calon Parti Bersama kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi minimum dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung semalam.

Turut mengalami nasib sama ialah lima calon Parti Bersatu dan seorang calon Pakatan Harapan (PH), menjadikan keseluruhan 21 calon kehilangan wang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Calon Bersama yang hilang deposit bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.

Bagi Bersatu, lima kerusi terbabit ialah Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban, manakala calon PH yang kehilangan deposit bertanding di kerusi DUN Serkam.

Mengikut peraturan pilihan raya, calon perlu memperoleh lebih satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi sah di kawasan yang ditandingi untuk mendapatkan semula wang deposit pencalonan.

Keputusan PRN Melaka Ke-16 menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus mengukuhkan kedudukan kedua-dua blok politik itu dalam persaingan membentuk kerajaan negeri.

PH pula hanya berjaya mempertahankan empat kerusi bandar yang ditandingi DAP, iaitu Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang dan Kota Laksamana.

Antara kejutan utama pilihan raya kali ini ialah kekalahan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari di kerusi DUN Bukit Katil kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif.

Kekalahan itu turut memberi gambaran perubahan sokongan pengundi di beberapa kawasan yang sebelum ini menjadi kubu PH.

Sebanyak 24 kerusi yang dimenangi BN dan PN ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Bukit Katil, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Bemban, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Keputusan PRN kali ini memperlihatkan persaingan politik Melaka terus menyaksikan perubahan sokongan pengundi, khususnya apabila beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai PH berjaya dirampas pihak lawan.

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
3 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
3 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
3 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
3 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok