Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua

November 15, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Rauf mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Ali Rustam, sekali gus meneruskan kepimpinannya dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pelantikan semula Rauf dibuat selepas BN dan PN mencapai persetujuan menamakan beliau sebagai Ketua Menteri susulan kejayaan kedua-dua gabungan itu menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dalam PRN kali ini, BN mencatat kemenangan besar apabila memperoleh 21 kerusi, sekali gus menguasai majoriti dua pertiga DUN, manakala PN memenangi tiga kerusi. Pakatan Harapan (PH) pula hanya memperoleh empat kerusi menerusi kemenangan DAP.

Rauf, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara dan Pengerusi UMNO Melaka, sebelum ini pertama kali dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2023 bagi menggantikan Sulaiman Ali yang meletakkan jawatan.

Dalam PRN kali ini, beliau berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi, peningkatan ketara berbanding majoriti hanya 364 undi yang diperolehnya pada Pilihan Raya Negeri 2021.

Kemenangan itu memperlihatkan peningkatan sokongan pengundi terhadap Rauf di kawasan berkenaan.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri, Rauf pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Melaka dari 2020 hingga 2021.

Selepas PRN 2021, beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam pentadbiran Sulaiman.

Berita berkaitan
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
November 16, 2026· Politik
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
November 16, 2026· Politik
Zahid sahkan BN tidak masuk gelanggang PRN Sarawak
November 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok