Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022

November 24, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 93 kematian akibat kemalangan membabitkan pejalan kaki direkodkan di ibu negara sejak 2022 hingga tahun lalu, dengan beberapa lokasi dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Lo Su Fui, berkata lokasi yang kerap berlaku kemalangan termasuk lintasan pejalan kaki di Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Sultan Ismail dan Sri Petaling, terutama pada waktu malam.

Beliau berkata, antara faktor utama kejadian itu ialah sikap pengguna jalan raya yang melintas tanpa menggunakan kemudahan disediakan selain pemandu yang memandu melebihi had laju.

Menurutnya, sebanyak 29 kematian direkodkan pada 2022, diikuti 21 kes pada 2023, 23 kes pada 2024 dan 20 kes pada 2025.

“Golongan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun paling ramai menjadi korban kemalangan pejalan kaki,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung statistik kemalangan pejalan kaki di Kuala Lumpur, termasuk jumlah kematian dan kecederaan serius serta lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti untuk dinaik taraf.

Mengulas langkah keselamatan, Su Fui berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan pelbagai penambahbaikan infrastruktur dengan kerjasama agensi dalaman dan antarabangsa.

Antara langkah diambil termasuk mengecilkan lorong jalan, memasang peralatan keselamatan bagi mengurangkan kelajuan kenderaan kepada 30 kilometer sejam (km/j), menyediakan lintasan pejalan kaki serta memasang penghadang bagi menghalang orang ramai melintas di kawasan tidak dibenarkan.

Selain itu, DBKL merancang membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang lebih 22 kilometer di sekitar Kuala Lumpur yang dijangka mula dilaksanakan seawal Disember depan.

“Penguatkuasaan saman dan kompaun juga dalam pertimbangan untuk dilaksanakan terhadap pejalan kaki yang ingkar arahan papan tanda keselamatan,” katanya.

Langkah itu dilihat penting memandangkan keselamatan pejalan kaki terus menjadi cabaran di kawasan bandar yang mempunyai aliran trafik tinggi, khususnya di pusat komersial dan kawasan tumpuan orang ramai.

Penyediaan laluan yang lebih selamat, pencahayaan mencukupi serta pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan lalu lintas menjadi antara aspek penting bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.

Berita berkaitan
Anwar arah bantuan segera kepada keluarga anggota polis maut
November 17, 2026· Isu semasa
PKR: Jangan kelirukan isu KLSCAH dengan sewa PPR, Akmal dibidas
November 17, 2026· Isu semasa
Premium RM1,000 demi selamatkan bangunan warisan KLSCAH
November 17, 2026· Isu semasa
Anwar ucap takziah pemergian wakil calon PH Asahan maut dalam kemalangan
November 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026 · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
3 jam lalu · Isu semasa
Isu cip AI: Tiga syarikat Malaysia dikenakan sekatan AS
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok