Kes scam..
Seorang pengurus syarikat berusia 52 tahun mengalami kerugian RM262,200 selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 500 peratus dalam tempoh singkat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason berkata, mangsa tertarik dengan tawaran pulangan lumayan itu sebelum membuat tujuh transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza antara 5 Oktober hingga 6 November lalu.
Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan, malah diminta membuat bayaran tambahan bagi membolehkan keuntungan pelaburan yang kononnya diperoleh dikeluarkan.
“Mangsa kemudian diarahkan membuat bayaran tambahan bagi menuntut keuntungan pelaburan yang kononnya diperoleh.
“Mangsa mula berasa tertipu apabila tidak pernah menerima sebarang keuntungan sepanjang tempoh pelaburan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Victor, wang yang digunakan untuk pelaburan berkenaan adalah daripada simpanan peribadi mangsa.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam hari ini selepas menyedari dirinya diperdaya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian, khususnya skim yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam tempoh singkat.
Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu terhadap latar belakang syarikat atau individu yang menawarkan pelaburan sebelum menyerahkan wang.
Tawaran keuntungan sehingga ratusan peratus dalam masa singkat merupakan antara taktik yang sering digunakan sindiket penipuan pelaburan bagi memperdaya mangsa.
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan